Bek kanan Paris Saint-Germain (PSG), Dani Alves, berkata dia akan kembali ke Barcelona esok jika gergasi LaLiga itu menghubunginya.
Pemain kebangsaan Brazil, Alves, meninggalkan Barcelona untuk menyertai juara Itali, Juventus, pada 2016 selepas merangkul 23 gelaran di Nou Camp.
Alves kemudian menyertai gergasi Ligue 1, PSG, pada 2017 tetapi pemain berusia 34 tahun itu tidak menolak kemungkinan bakal kembali ke Barcelona.
"Barcelona adalah rumah saya," katanya. "Mustahil buat saya untuk tidak kembali ke sana.
"Saya akan pulang esok jika Barcelona menghubungi saya," ujarnya.
Alves, yang membantu PSG menjuarai gelaran Ligue 1 dan Coupe de la Ligue musim ini berkata lagi: "Jika saya katakan bahawa saya tinggalkan pasukan tanpa berasa sedih, ia seperti saya menipu.
"Saya sedih meninggalkan Barca kerana saya telah berjuang untuk mencipta sejarah di sana. Saya meraih 23 gelaran dalam tempoh lapan tahun.
"Saya menyifatkan Barcelona sebagai rumah saya selama-lamanya."
Sumber >> www.stadiumastro.com