Misi Sabah kutip mata maksimum di gelanggang lawan


Pasukan Sabah menetapkan misi untuk mengutip mata maksimum pada dua aksi di gelanggang lawan, minggu depan.

Pengendalinya, Jelius Ating berkata dua aksi itu iaitu bertemu UKM FC serta Pulau Pinang penting bagi menentukan kedudukan mereka dalam liga.

"Kita telah kehilangan dua mata di gelanggang sendiri ketika bertemu pendahulu liga, Felda United, tempoh hari, dan sudah pasti kita mahu mengutip mata penuh pada aksi seterusnya walaupun di gelanggang lawan.

"Dua aksi ini sama pentingnya dengan perlawanan-perlawanan lalu, kita mahu mencatat kemenangan seterusnya mengukuhkan kedudukan kita dalam liga.

"Bagaimanapun, kami tidak memandang mudah cabaran pasukan lawan kerana siapa pun yang kita akan jumpa, kita hormati...UKM FC dan Pulau Pinang bukanlah pasukan lemah," katanya.

Sabah yang kini berada di kedudukan ketiga liga akan bertemu UKM FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang petang ini seterusnya menentang Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan pada Sabtu.

Jelius berkata, beliau 'menerbangkan' 18 pemainnya untuk menghadapi dua perlawanan di gelanggang lawan itu dan mereka juga akan terus bertolak ke Pulau Pinang selepas aksi bertemu UKM FC.

"Pemain lain yang tidak dibawa pada aksi bertemu UKM FC akan terus menjalani latihan di Kota Kinabalu dan bersedia untuk dipanggil pada bila-bila masa menjelang aksi bertemu Pulau Pinang," katanya.

Sumber >> www.stadiumastro.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==