Mohammed Ghaddar percaya pendekatan pengendali Kelantan, Fajer Ebrahim, menggunakan tonggak muda dalam saingan Liga Super membuahkan hasil.
Pemain kelahiran Lubnan itu berkata setiap pemain muda yang diturunkan ketika seri 1-1 menentang Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super semalam memeberikan komitmen yang baik.
"Kalau kita lihat Kelantan mempunyai ramai pemain baru, termasuk jurulatih. Saya fikir ini adalah peluang untuk kami perbaiki.
"Insya-Allah, perlawanan seterusnya kami akan cuba untuk menang," katanya selepas perlawanan itu.
Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu turut percaya Fajer mampu memastikan Kelantan kekal berada dalam Liga Super musim depan.
Dia yakin gabungan pemain muda dengan beberapa import baru yang akan dibawa masuk Fajer, bakal menambah keampuhan pasukan sedikit masa lagi.
"Mungkin pada musim baru nanti, jurulatih akan menukar tiga, empat pemain. Saya fikir, ia bagus untuk pasukan," katanya lagi.
Sumber >> www.stadiumastro.com