Pengendali Montreal Impact, Remi Garde, menerima kedatangan penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Hatem Ben Arfa, jika mahu berhijrah ke Liga Bolasepak Utama (MLS).
Pemain berusia 31 tahun itu diketepikan oleh pengendali PSG, Unai Emery, dan terkini dia mengesahkan mahu meninggalkan kelab Ligue 1 itu pada penghujung musim ini.
Tidak diturunkan PSG sejak April 2017, Jean-Jacques Bertrand yang bertindak sebagai peguam Ben Arfa, mendakwa kelab telah melanggar piagam bola sepak profesional Perancis.
Jika dia mengambil keputusan untuk berpindah ke MLS, Garde telah menyuarakan dia akan diterima secara terbuka untuk menyertai kelab yang berpengkalan di Kanada itu.
"Kami saling mengenali antara satu sama lain," kata Garde.
"Jika dia mahu berhijrah ke MLS, dia diterima secara terbuka.
Mengumumkan penghijrahannya, Ben Arfa berkata, "Tidak lama lagi, perjalanan saya bersama PSG akan berakhir dan saya gembira kerana dapat menyarung jersi kelab ini.
"Saya mahu menyimpan kenangan bersama rakan sepasukan, saya menghargai sokongan mereka dan sentiasa mencintai kelab ini."
Sumber >> www.stadiumastro.com