FELDA 1 PKNP 2
Felda United yang berkelebihan tipis selepas aksi pertama dengan satu jaringan di laman lawan, berdepan saingan sengit apabila PKNP bangkit memberi cabaran, sekali gus mencatat kemenangan 2-1 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam ini.
Kemenangan 1-0 Felda di Stadium Batu Kawan, menjadi kelebihan mereka untuk memberikan tekanan kepada PKNP.
Bagaimanapun, PKNP mempamerkan aksi cemerlang dengan mengasak tuan rumah untuk membuka tirai jaringan seawal minit ke-15 menerusi Shahrel Fikri Md Fauzi.
Tersentak, Felda bangkit menyamakan kedudukan 11 minit kemudian hasil jaringan Wan Zack Haikal Wan Noor.
Skuad kendalian Abu Bakar Fadzim itu yang pernah menewaskan Felda di venue yang sama musim lalu, menggunakan semangat itu untuk terus mencipta jaringan.
Shahrel Fikri sekali lagi muncul peledak gol buat PKNP tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama.
PKNP memastikan tiada jaringan tambahan berjaya dicipta oleh Felda yang menyaksikan mereka meraih kemenangan menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan selepas terikat 2-2 secara agregat.
Sementara itu, Johor Darul Ta'zim (JDT) tewas kepada Pahang 3-0 dalam aksi kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan ini lebih awal.
Cabaran pendahulu Liga Super itu dalam saingan Piala FA disekat oleh skuad kendalian Dollah Salleh itu hasil tiga jaringan oleh Patrick Cruz.
Sumber >> www.stadiumastro.com