Liverpool ratah The Citizens


LIVERPOOL 3 MANCHESTER CITY 0

Mohamed Salah mengetuai Liverpool dengan mempamerkan persembahan cemerlang dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara apabila menewaskan Manchester City 3-0 di Anfield, awal pagi tadi

Seperti yang dijangka, aksi suku akhir di antara dua kelab Inggeris ini menghadirkan banyak gol, dengan skuad kendalian Jurgen Klopp itu meledak tiga gol tanpa balas berdepan bakal juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

Salah membuka jaringan seawal minit ke-12, gol yang ke-38 buat pemain kebangsaan Mesir itu, selepas Roberto Firmino mengambil peluang di atas kegagalan Kyle Walker untuk mengeluarkan bola dari zon bahaya.

Alex Oxlade-Chamberlain menggandakan kelebihan Liverpool dengan jaringan cantik dari luar kotak penalti manakala Sadio Mane melengkapkan kemenangan Liverpool dalam tempoh 30 minit selepas menanduk masuk hantaran Salah.

Tuan rumah kelihatan kurang memberikan asakan selepas perlawanan bersambung apabila Salah terpaksa meninggalkan padang kerana mengalami kecederaan pangkal paha.

Kecergasan penjaring terbanyak kelab itu menjadi kerisauan Klopp menjelang aksi timbal balik pada Selasa ini, dengan Jordan Henderson digantung perlawanan selepas mengumpul kad kuning.

Sumber >> www.stadiumastro.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==