Coronado tarik minat skuad dari England


Pemain tengah menyerang Palermo, Igor Coronado, diintai pasukan dari England, kata ejennya.

Pemain berusia 25 tahun itu menjadi sasaran yang dilaporkan untuk Watford berikutan aksinya dalam Serie B musim ini.

Coronado mencatat hatrik dalam kemenangan 4-0 ke atas Carpi, Isnin lalu, keputusan yang membawa Palermo berada di tangga ketiga dalam liga, satu mata di belakang Frosinone tetapi berkelebihan kurang satu perlawanan.

Buat masa ini, pemain kelahiran Brazil itu berminat untuk membantu pasukannya kembali ke Serie A tetapi dia mendapat perhatian kelab England menerusi persembahannya.

"Igor mahu membawa Palermo ke Serie A. Dia tidak merancang untuk bermain dalam Serie B tahun depan," kata Joao Santos kepada Tuttomercatoweb.

"Liga berakhir dalam masa satu setengah bulan. Ini adalah detik-detik penting. Setiap perlawanan adalah penting dan Igor ingin memberi sumbangannya.

"Ya, benar pasukan Inggeris menjejakinya. Tetapi dia turut memberi tumpuan untuk membawa Palermo ke Serie A," katanya lagi.

Sumber >> www.stadiumastro.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==