Colombia hukum aksi longlai Perancis


PERANCIS 2 COLOMBIA 3

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps, berasakan pasukannya telah menimba "pengalaman terhadap serangan" dalam kekalahan 3-2 mereka kepada Colombia.

Olivier Giroud dan Thomas Lemar meletakkan pasukan tuan rumah 2-0 di depan selepas 28 minit aksi persahabatan itu di Stade de France namun gol dari Luis Muriel, Radamel Falcao dan Juan Quintero memastikan kebangkitan menakjubkan pelawat.

Deschamps menuduhkan pemainnya membenarkan kepuasan mempengaruhi prestasi mereka sambil mengakui mereka harus mengatasinya dengan segera menjelang Piala Dunia Russia 2018, musim panas ini.

"Kami berdepan banyak masalah, mereka lebih agresif dan kami tidak melakukannya sama sekali," katanya kepada TMC.

"Kami kehilangan bola lalu memberikan mereka rentak. Colombia telah memberi kami pelajaran tentang serangan dan mereka tidak berputus asa.

"Ada masanya kami kelihatan berlagak dan itu tidak menyenangkan hati saya, terutama pada babak kedua, kami akan mengambil sedikit masa untuk menganalisisnya.

"Kami tidak menemui tuntutan tahap tertinggi, kami tidak mempunyai alasan. Kekalahan di tempat sendiri tidak pernah menyeronokkan."

Pertahanan tengah, Raphael Varane, berkata Perancis mesti belajar untuk mengekalkan prestasi mereka sepanjang permainan selepas mereka dihukum oleh kesilapan dan kehilangan tumpuan.

"Kami kurang fokus," kata tonggak Real Madrid itu. "Kami bermula dengan baik dengan menjaringkan dua gol kemudian ada beberapa ketika kelihatan santai. Terdapat juga beberapa kesalahan.

"Ini adalah perlawanan untuk menilai tahap kami dan bertambah baik. Kami sedar mereka sebuah pasukan yang agresif, kami menguasai permulaan permainan tetapi kami perlu konsisten lebih dari 90 minit."

Sumber >> www.stadiumastro.com
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==